Muffin Polkadot ganti Apam Polkadot?



Mungkin ada yang dah bosan dengan apam polkadot?

Kat sini i ada penyelesaian dia. Hanya di Mamalicious sahaja anda akan dapat Muffin Polkadot but i prefer to call it Dottie Muffin.

Dottie Muffin ni dijamin lebih gebu, lebih lembut, lebih tahan lama dan yang paling penting lebih sedap!!

100biji hanya RM48. Nak try?

Sila contact Diana at 012-676 0020.

Dijamin tak menyesal :)


Vanilla & Stoberi





Stoberri & Choc


yg tgh tu...choc + vanilla




Medium Muffin



Ok, yang di pula di order oleh Abang Mail. Abang Mail adalah kawan sekerja masa i lepas habis SPM dulu kerja kat Hotel Mutiara, Pantai Puteri, Melaka.

Dulu i receptionist and dia technician kat sana..Hehehe..But still keep in touch sampai sekarang. Now anak dah nak masuk 4. Tahnia, murah rezeki..

So terima kasih to Abang Mail. Untuk satu set ni hanya RM25.




Birthday Cupcake


Ini order daripada kawan baik. Kenal si Faizah ni since darjah satu but terpisah bila masing-masing masuk sekolah asrama. Faizah dapat masuk Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Sains Tengku Jaafar kat Seremban manakala aku dapat sekolah sains jugak but kat Johor. Masa sekolah rendah kitorang kat Melaka.

Pastu memasing dah terpisah and bila jumpa reunion memasing dah kawen and beranak.

Tengs to Faizah untuk 32pcs cupcake utk boboi dia named Rayyan. As requested, Faizah nak yang simple dimple (?) je..Maka ini lah hasilnya :)



Apam Minnie Mouse/ Mickey Mouse


Ini permintaan luar biasa sikit... Walaupun agak ganjil tapi ku beranikan diri membuat juga.

Hasilnya memang tak berapa nak Mickey atau Mini sangat. Tapi rasa tetap malicious (marvelous + delicious)

Thanks to Ieza from Cyberjaya utk 100 pcs apam ni :)
Harap tak serik lah ye nak order lagi.

*Atas rasa bersalah yang customer ni mungkin tak puas hati, maka ku beri diskaun RM5.


Muffin Vanilla & Oreo


Yang ni di order oleh bakal adik ipar ku. 70 bj muffin saiz RM1.50 siap dengan dome casing untuk tahlil arwah ayahnya.

Terima Kasih untuk order ni, Dayah. Semoga roh abah ditempatkan di kalangan para nabi.

Al-Fatihah...












Mini Muffin Neopolitan


Mini Muffin ni di order oleh akak trainer kat opis. Namanya Kak Wanie.

Kak Wanie nak 200pcs Mini Muffin Neoplitan untuk function di office.

Neopolitan ni adalah gabungan 3 rasa iaitu vanilla, coklat dan strawberri. Dalam sekali ngap anda akan dapat rasa ketiga-tiga perisa. Kelazatan 3 kali ganda!!

Maka gigihlah i pepagi drive ke TTDI sebab nak hantar muffin ni at the same time memang nak pergi HR nak settle kan my travel claim..

Thanks to Kak Wanie. Harap suke lah ye :)














Muffin for Berendoi


This one ordered by my school hood friend.

100 pcs muffin vanilla & choc for her son's berendoi.

Semoga anaknya menjadi anak yang soleh dan berbakti to his parents.